Ciri-ciri Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru
9 Ciri pembelajaran yang wujud di Institut Pendidikan Guru
Menurut Al-Rukban,Khalil & Al-Zalabani (2010), persekitaran pembelajaran ditakrifkan sebagai segala yang berlaku di sekeliling seperti kelas,jabatan,fakulti atau universiti.Persekitaran pembelajaran merujuk kepada lokasi fizikal,konteks dan budaya yang menjadi tempat pembelajaran para pelajar.Oleh sebab kualiti dan ciri-ciri persekitaran pembelajaran ditentukan oleh pelbagai faktor,dasar sekolah atau universiti, struktur tadbir urus,maka ciri-ciri lain juga boleh dianggap unsur persekitaran pembelajaran.(Higgins,Hall,Wall,Woolner&McCaughey,2005). Berikut menunjukkan ciri-ciri pembelajaran di IPG.
(A) Persekitaran Yang terbuka
Pelajar dapat mengalami persekitaran pembelajaran yang terbuka dan tidak formal antara pensyarah dan rakan-rakan. Pelajar dihormati sebagai rakan sekerja dan pendapatan mereka dihargai.Pendekatan ini menggalakkan dialog serta kerjasama antara pelajar dengan pensyarah untuk mencipta idea atau inovasi baharu.
(B)Pendidikan Berpusatkan Pelajar
Terdapat banyak sokongan dari segi pedagogi dalam pendidikan berpusatkan pelajar. Pensyarah sentiasa bersedia membantu pelajar dan memastikan mereka memahami kursus dengan sepenuhnya. Pelajar dapat membangunkan kemahiran berfikir secara kritis, mengetahui cara menyelesaikan masalah yang merupakan persediaan mereka untuk menempuh alam pekerjaan.
(C) Kerja kursus
- Projek
- Amali
- Kursus
(D) Kuliah
Bentuk pengajaran secara syarahan kepada kumpulan lebih daripada 20 orang pelajar.Tempoh masa kuliah adalah sebanyak 4 jam pada setiap minggu termasuk tutorial,manakala kursus generik mempunyai masa 3 jam seminggu termasuk tutorial.
(E) Tutorial
Menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar.Dalam sesi tutorial pelajar akan mendapat perhatian dan bimbingan yang intensif daripada pensyarah.Perbincangan lanjutan berdasarkan topik kuliah,pembentangan hasil tugasan telah dijalankan pada masa tutorial. Menurut Lowman(1984), Pelajar digalakkan berfikir,membina dan menyampaikan idea mereka secara bebas sewaktu berbincang.
(F) Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan bentuk penyelidikan yang perlu dilaksanakan oleh setiap pelajar IPG bagi melengkapkan kursus mereka. Pelajar akan melalui proses inkuiri penemuan dengan membuat kajian tentang masalah secara saintifik supaya mereka dapat menilai,menambah baik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan.
(G) Kerja berkumpulan
Matlamat berkerja dalam kumpulan adalah untuk mewujudkan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar merentasi budaya yang berbeza di dalam kelas, dan juga untuk membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah dan kepemimpinan.
(H) Pemikiran kritikal dan kebebasan berfikiran
Pelajar berupaya menilai maklumat mengenai topik yang berbeza dan untuk membentuk pendapat yang bebas dan berpengetahuan melalui pemikiran kritikal manakala kebebasan fikiran ini merujuk keupayaan untuk membebaskan diri daripada berfikiran sempit dan konvensional. Kebebasan berfikir adalah keupayaan untuk berfikir"di luar kotak"
(I) Pembelajaran dalam talian
Kaedah ini memberikan situasi yang lebih fleksible kepada pelajar bagi memilih masa dan tempat untuk menyiapkan tugasan. Melalui sistem ini pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran,menonton syarahan dan melibatkan diri dalam perbincangan dalam talian. Ini dapat memudahkan pelajar serta menggalakkan kerjasama dan interaksi dengan pelajar lain.
Penutup
Kesimpulannya, pelajar-pelajar di IPG haruslah memahami ciri-ciri pembelajaran di IPG supaya dapat mengikuti kursus yang diajar dalam kuliah. Selain itu, pelajar dapat belajar dengan lebih senang selepas mengetahui ciri pembelajaran di IPG. Harap-harap pelajar juga boleh membantu kawan sebelah untuk menyesuaikan diri-sendiri dalam kawasan IPG supaya tidak berasa stres dan sebagainya.
Refleksi
Saya terdapat bahawa blog merupakan platform yang bagus untuk mengkongsikan maklumat dengan orang lain. Selain itu,saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan yang lebih sepanjang membuat tugasan ini. Sekiranya saya memperolehi peluang lagi, saya akan menggunakan blog untuk mengkongsikan idea-idea saya serta maklumat yang saya dapat untuk semua orang.
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zakariah Abd Ghani kerana mengajar saya mata pelajaran Kemahiran Belajar kod 1053. Beliau telah memberikan tunjuk ajar dan penerangan yang helps kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Says juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang membantu saya untuk mencipta blog ini. Akhir sekali, saya berharap saya dapat menambah ilmu serta berkongsi maklumat dengan orang lain melalui tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Comments
Post a Comment